Kini, dengan pergantungan kepada peranti digital yang tinggi, keperluan kuatili and kejelasan paparan adalah amat penting. Ini termasuk telefon pintar, televisyen, alat VR, papran pemuka automotif dan sebagainya. Selain daripada kecerahan (luminance), kromatik, kontras, keseragaman, dan sudut pandangan, mura paparan merupakan aspek penting dalam penilaian kualiti paparan.
Mura berasal dari perkataan Jepun untuk cela. Dalam industri paparan, mura telah digunakan untuk menggambarkan penyelewengan dan kesan “mendung” pada paparan kristal cair (LCD) atau paparan EL organik (OLED). Paparan mura biasanya berupa titik kontras rendah atau noda dari pelbagai bentuk dan ukuran yang menjejaskan pengalaman menonton oleh pengguna dan mempengaruhi prestasi atau fungsi paparan.
Mura paparan biasanya disebabkan oleh ketidaksempuranaan dalam proses pembuatan yang berlaku semasa peringkat pemasangan dan perikatan optik. Paparan umumnya terdiri daripada beberapa lapisan bahan dan substrat yang diikat bersama. Malangnya, ia adalah mustahil untuk menghubungkan lapisan-lapisan tersebut dengan tepat setiap kali. Selain itu, kekotoran atau pencemaran zarah, tekanan pembuatan, ketidakseragaman lampu latar, dan ketidakkonsistenan dalam output piksel/ sub-piksel boleh menyebabkan isu mura paparan.
Pelbagai jenis mura paparan timbul akibat pelbagai ketidaksempuranaan pada tahap keparahan yang berbeza-beza. Beberapa contoh umum mura paparan termasuk mura tompok, mura garis, mura tepi, mura warna, mura kupu-kupu, dan mura LED.